Gadis : Mengapa awak menyukai saya? Mengapa awak cintakan saya?
Jejaka : Saya tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu saya memang menyayangi dan mencintai awak!
Gadis :
Awak tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana awak boleh katakan awak
sayang dan cintakan saya sedangkan awak tidak boleh menerangkannya.
Jejaka : Betul! Saya tak tahu sebabnya tetapi saya boleh buktikan bahawa saya memang cintakan awak!
Gadis :
Tak boleh beri bukti! Saya nak awak terangkan kepada saya sebabnya.
Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki,
semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi
dan syair lagi. Tapi, kenapa pula awak tak boleh terangkan sebabnya?
Si Jejaka menarik nafas panjang dan dia berkata...
Jejaka :
Baiklah! Saya mencintai awak sebab awak cantik, comel, mempunyai suara
yang merdu, penyayang, kelakar, dan sentiasa merindui saya. Saya juga
sukakan senyuman manis dan setiap tapak awak melangkah, di situlah cinta
saya bersama awak!
Si Gadis tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan Si Jejaka tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si Gadis mengalami kemalangan dan
koma.
Si Jejaka amat bersedih. Di wad hospital, Si Jejaka menangis di tepi katil Si Gadis sambil berbisik..
"Awak! Jika disebabkan suara, saya mencintai awak... sekarang bolehkah
awak bersuara? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak kerana
sekarang awak tidak dapat bersuara. Jika disebabkan kasih sayang dan
senda gurau, saya mencintai awak... sekarang bolehkah awak
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak ketika
ini.
Jika disebabkan senyuman saya mencintai awak... sekarang bolehkah awak
tersenyum? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak. Jika
disebabkan setiap langkah saya mencintai awak.... sekarang bolehkah awak
melangkah? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Saya tidak mempunyai
sebab untuk mencintai awak lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak!
Saya masih mencintai awak dulu, kini dan selamanya. Cinta tidak perlu
ada sebab. Cinta lahir dari hati yang ikhlas. Saya terima awak seadanya.
Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat
dan dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati.
SUMBER